1.
Sistem Kepadatan Padi (SRI)
2. Pembuatan Baja Organik
3. Perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan
4. Penanaman cili fertigasi/ cendawan hidroponik
5. Pembuatan kerepek dan kudapan tradisional
6. Produk sejuk beku
7. Penjualan makanan berkonsepkan
carboot sales
8.
Perikanan dan penternakan
- Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku
- Penternakan ayam pedaging
PENERANGAN:
Sistem Kepadatan Padi (SRI): Secara umumnya, kaedah penanaman padi konvensional mengambil masa di antara 105-125 hari selepas penanaman untuk mencapai kematangan. Dengan penggunaan kaedah baharu, kaedah SRI dapat menghasilkan jumlah padi yang lebih tinggi dalam masa yang lebih singkat, penggunaan air yang lebih menjimatkan, pengurangan penggunaan anak benih dan penggunaan baja organik. Tambahan pula, kaedah ini didapati sesuai digunakan pada semua jenis padi. Program ini juga akan melibatkan pengolahan tanah, menanam padi, menuai padi dan penggunaan input organik sebagai ganti kepada baja kimia serta pembinaan Sistem Pengairan Pembasahan dan Pengeringan Bergantian (AWD).