SOALAN LAZIM PROGRAM SejaTi MADANI
Program ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.
Ya, Program ini bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.
Permohonan SejaTi MADANI akan dibuka bermula 25 Mac 2024.
Kumpulan orang/ masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah, negeri atau negara tidak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
(i) | Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK); |
(ii) | Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP); |
(iii) | Komuniti Rumah Panjang; |
(iv) | Komuniti Kampung Orang Asli; |
(v) | Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan |
(vi) | Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif. |
(vii) | Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). |
(viii) | Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). |
(ix) | Badan Pengurusan Bersama (JMB). |
(x) | Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC). |
(xi) | Program Perumahan Rakyat (PPR). |
Koperasi tidak boleh memohon dalam Program SejaTi MADANI tetapi boleh terlibat dalam program yang dilaksanakan oleh pihak komuniti.
Program yang dipohon hendaklah program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan. Lima sektor utama tersebut ialah pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, serta aktiviti hijau dan kitar semula.
Permohonan program yang melibatkan aktiviti pembangunan fizikal dan infrastruktur, program yang dimiliki oleh individu, program yang tidak menepati skop Program SejaTi MADANI serta program yang boleh menimbulkan isu sensitif berkaitan agama dan kaum tidak layak dipertimbangkan.
Permohonan kelengkapan dan peralatan bagi menyokong pelaksanaan program boleh dipertimbangkan.
Kategori permohonan terbahagi kepada tiga (3) iaitu: | |
(i) | Rintis - Program/ produk/ perkhidmatan yang baru diwujudkan dalam tempoh kurang dari setahun; |
(ii) | Peningkatan - Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang telah wujud di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun; dan |
(iii) | Pengembangan - Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang wujud melebihi tiga (3) tahun. |
Program SejaTi MADANI membenarkan komuniti untuk memohon nilai geran kurang daripada RM50,000.
Komuniti boleh memilih untuk melaksanakan satu (1) ATAU lebih program dalam sektor yang sama ATAU gabungan beberapa sektor yang telah ditetapkan dengan syarat tidak melebihi nilai geran yang ditawarkan dalam satu permohonan.
Hanya satu (1) permohonan akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySejaTi MADANI. Bagi komuniti yang tidak mempunyai capaian internet, permohonan secara manual juga boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, Pejabat Residen, atau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Mana-mana wakil yang terdiri daripada kalangan ahli JPKK/ MPKK/ JPKKP/ Komuniti Kampung yang telah diberikan kuasa atau wakil yang dilantik oleh Tuai Rumah/ Tok Batin boleh memohon pendaftaran ID di dalam sistem MySejaTi MADANI. Komuniti perlu memuat naik Sijil Pelantikan Pengerusi JPKK/ MPKK/ JPKKP/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Tok Batin beserta dengan salinan penyata bank yang disahkan oleh pihak bank yang didaftarkan atas nama komuniti.
Bagi komuniti yang tiada sijil pendaftaran, komuniti perlu mendapatkan surat pengesahan komuniti daripada badan yang diberi kuasa seperti Pejabat Daerah/ Pejabat Residen/ Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) berserta dengan salinan penyata bank yang didaftarkan atas nama komuniti. (Lampiran 1 Pengesahan Komuniti)
(i) | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) |
(ii) | Perbadanan Putrajaya (PPJ) |
(iii) | Perbadanan Labuan (PL) |
(iv) | Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) |
(v) | Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) |
(i) | Carta Perbatuan pelaksanaan program; (Lampiran 2 - Carta Perbatuan) |
(ii) | Cabutan minit mesyuarat yang menyatakan persetujuan untuk memohon Program SejaTi MADANI; (Lampiran 3 - Cabutan Minit) |
(iii) | Laporan pelaksanaan aktiviti bagi permohonan bantuan yang telah diluluskan sebelum ini (jika ada); (Lampiran 8 - Laporan Pelaksanaan) dan |
(iv) | Surat kebenaran penggunaan tanah/ peralatan/ premis (jika berkaitan). |
Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).
Pengerusi hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) secara fizikal kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mendapat kelulusan.
Tiada rayuan akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, komuniti boleh mengemukakan semula permohonan yang baharu.
Komuniti diberi kelonggaran untuk menghantar SST dan SAJ melalui pos kepada PPN di negeri masing-masing. Bagi komuniti daripada Wilayah Persekutuan Labuan, SST dan SAJ hendaklah dihantar melalui pos ke alamat PPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selepas permohonan program diluluskan, peruntukan akan disalurkan oleh PPN ke dalam akaun komuniti dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas PPN menerima SST dan SAJ.
(i) | Komuniti bertanggungjawab sepenuhnya atas permohonan dan memastikan pelaksanaan program dijalankan secara teratur; |
(ii) | Komuniti bertanggungjawab untuk mengemukakan SST dan SAJ pelaksanaan program dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan; dan |
(iii) | Komuniti bertanggungjawab untuk memuat naik laporan lengkap pelaksanaan program melalui Sistem MySejaTi MADANI dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pelaksanaan program. |
ICU JPM berhak untuk menarik balik kelulusan dan peruntukan yang telah dikeluarkan sekiranya didapati pihak komuniti gagal melaksanakan program sebagaimana yang dipersetujui atau melanggar mana-mana syarat. Permohonan program pada masa yang akan datang tidak akan dipertimbangkan.
Sila layari laman sesawang https://sejatimadani.icu.gov.my